DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)/KAMUS

LAMAN RASMI DBP
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php


KAMUS ONLINE (线上字典)
http://prpm.dbp.gov.my/CarianSpesifik/CarianKamus.aspx?ID=Kamus%20dan%20Istilah

Panduan Menjawab BM SPM

Laman Web
http://www.bmspm.net/

Laman web ini memaparkan teknik menjawab dan juga kertas-kertas soalan tahun lepas.

Panduan menjawab BM PMR

SUMBER:
http://bahasamelayupmr.blogspot.com/2009/03/panduan-menjawab.html

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(i)(Ringkasan)


Masa yang dicadangkan : 40 minit

Markah : 20 Markah


1.Soalan Bahagian A Kertas 2 PMR terdiri daripada:

i) Ringkasan

Bentuk soalan



1.Satu petikan diberikan sebagai bahan rangsangan

2.Petikan terdiri daripada pelbagai bidang ilmu. Jumlah patah perkataan yang diberi setiap petikan ialah 200 – 220 dan jumlah tersebut perlu diringkaskan kepada 80 patah perkataan sahaja.

3.Kunci soalan – kemudian ringkaskan-

4.Ringkasan karangan tidak melebihi 80 patah perkataan

Kehendak soalan

1.Peruntukan markah isi ringkasan

(a) Isi – 10 markah

(b) Bahasa – 10 markah

(c) Markah keseluruhan – 20 markah

2.Markah untuk bahasa akan ditolak sekiranya terdapat kesalahan dari segi ejaan, tatabahasa dan tanda baca.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Pelajar mesti membaca arahan soalan yang dikemukakan dengan teliti. Sekurang-kurangnya baca dua kali. Tujuannya ialah untuk mengetahui dan memahami maksud keseluruhan petikan.

2.Fahami arahan dalam soalan. Terdapat kata kunci dalam soalan. Contohnya ........tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berkebun.

i) Semasa membaca, gugurkan ayat atau ayat-ayat yang memperlihatkan pertindihan makna.

ii) Memendekkan frasa pada bahagian subjek atau predikat yang agak panjang. Gugurkan “contoh-contoh” atau “misalan”

ii) Menggunakan suatu perkataan atau

sesuatu frasa yang ringkas bagi menggantikan sesebuah penghuraian yang panjang.

iii) Gariskan semua isi penting dalam petikan

iv) Jangan salin ayat terus daripada

petikan. Gunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ubah kepada perkataan seerti.


3.Jawapan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan kehendak soalan iaitu “faedah-faedah berkebun.”

4.Pelajar mesti mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi berdasarkan kehendak soalan. Pelajar perlu menggunakan bahasa yang gramatis.

5. Jawapan hendaklah tidak melebihi 80 patah patah perkataan. Pelajar dikehendaki menulis jumlah perkatan selepas menjawab soalan ini. Bina ringkasan dalam satu perenggan sahaja.

5.1 Panduan mengira perkataan;

- Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan, nama khas, penggunaan kata depan di dan ke, tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan, gelaran, kata perulangan/ganda.

6. Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal yang terdapat dalam petikan.

7. Soalan meringkaskan karangan adalah untuk menguji kelancaran bahasa dan kecekapan pelajar dalam mengecam isi-isi utama.

8. Bahan rangsangan yang dikemukakan ialah rencana yang dipetik daripada akhbar dan majalah.

9.Pelajar dikehendaki menulis isi-isi agar menjadikan karangan itu padat dengan maklumat, tetapi ringkas.

10. Isi yang dikemukakan mestilah isi utama yang terdapat dalam petikan. Jangan masuk pendapat sendiri dalam jawapan anda.

11. Ringkasan karangan tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.

12. Markah akan dinilai berdasarkan isi dan bahasa. Sekirannya isi salah atau tidak ada dalam jawapan, maka markah untuk bahasa tidak dapat secara maksimum.

13. Tulis ringkasan karangan mengikut arahan soalan, iaitu tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah tidak dikira bagi jawapan yang ditulis selepas 85 patah perkataan.

14. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian bawah ringkasan.

15. Semak ejaan dan bahasa.


SISTEM PEMARKAHAN SOALAN BAHAGIAN A(i);

20 Markah

Markah Bahasa (10 markah)
Peringkat
Ciri-ciri
Markah

Sangat baik
Baik dan lancar
Kosa kata luas
9-10

Baik
Masih baik dan lancar
Kosa kata masih baik
7-8

Sederhana
Memuaskan/kurang lancar
Kosa kata agak terhad
5-6

Lemah
Tidak cekap/lemah
Kosa kata terhad
Menyalin bulat-bulat daripada petikan
1-4

Markah isi (10 markah)
Bilangan Isi
Markah
5




PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(ii)(Pemahaman Petikan)

Markah : 10 markah
Bentuk Soalan

1) Pemahaman petikan umum: 3 items respons terhad

- a) maksud rangkai kata
- b) jawapan dalam teks
- c) jawapan luar teks

2) Markah yang peruntukan ialah 10 markah
3) Semua soalan wajib dijawab

Kehendak soalan:
1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar ditulis dengan lengkap dan ayat yang sempurna untuk memperoleh ayat yang penuh.

2.Pelajar tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat jawapan daripada petikan. Pelajar hendaklah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

3.Jawapan yang tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa dan ejaan akan di tolak markah.

4.Jawapan tidak boleh ditulis dalam bentuk poin atau frasa(ayat tergantung)


Bagaimana mendapat markah yang maksimum?
1.Soalan A(ii) i peruntukkan markah maksimum bahagian ini ialah 2 markah. Bahagian ini memerlukan calon;

i) memahami/menerangkan maksud sesuatu rangkai kata dengan tepat. Biasanya perkataan tersebut akan dimiringkan.

ii) Pelajar tidak dibenarkan menulis jawapan dengan panjang lebar seperti jawapan pemahaman yang lain.

iii) Jawapan mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan.

2.Dalam A(ii) ii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah.

i) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan daripada petikan

ii) Terdapat dua isi yang diperlukan dalam bahagian ini. Pelajar diminta mengemukan sekurang-kurangnya 2 isi. Kalau lebih markah tidak akan dipotong.

iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang tiada dalam petikan

iv) Jawapan yang diberikan mestilah lengkap dan bertepatan dengan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan.

3. Soalan A(II) iii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah. Soalan dalam bahagian ini ialah soalan KBKK.

i) Pelajar perlu berfikir luar dari teks tetapi masih membicarakan topik yang sama.

ii) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan yang tiada dalam petikan. Biasanya soalan ini memerlukan langkah-langkah, cadangan, cara-cara penyelesaian, sebab-sebab dan lain-lain.

iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang ada dalam petikan

iv) Jawapan mestilah logik dan rasional

v) Berikan jawapan seberapa banyak yang anda tahun dalam bahagian ini

Strategi menjawab

1. Baca petikan dengan memahami keseluruhan idea, kemudian perhatikan soalan yang diberikan.
2. Tentukan kehendak soalan dan jawab soalan dengan memenuhi kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh.
3. Bina ayat yang lengkap dan elakakan menulis frasa atau ayat yang tergantung.
4. Semak ejan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah.
5. Jawab soalan yang mudah dahulu.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B(Bahan Rangsangan)

Masa yang dicadangkan: 25 minit
Markah : 20 markah
Bentuk Soalan
1. Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.

2. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang melebihi 120 patah perkataan.

3. Pada kebiasaanya, pelajar diminta membuat ulasan umm, menyatakan sebab, memberikan cara-cara mengatasi atau memberikan cadangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

4. Masa untuk menjawab soalan ini ialah 25 minit. 3 minit untuk memahami soalan dan merangka jawapan dan dua minit untuk membuat semakan. 20 minit masa untuk menjawab soalan.

5. Soalan ini mula ditanya mulai tahun 2005.

Kehendak soalan

1. Anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan

2. Jawapan yang dihasilkan mestilah melebihi 120 patah perkataan

3. Soalan ini wajib di jawab

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1. Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan yang diberikan.
2. Pelajar perlu meneliti bahan rangsangan yang diberikan dan mengaitkannya dengan kehendak soalan.
3. Pelajar perlu berhati-hati semasa membuat tafsiran untuk merangka isi dan seterusnya memulakan penulisan.
4. Pelajar perlu mengikut teknik menulis karangan yang betul, iaitu dimulai dengan perenggan pendahuluan, isi, da diakhiri dengan perenggan penutup atau kesimpulan.
5. Sekurang-kurang perlu ada tiga isi. Ini bermakna sebaiknya pelajar dapat membuat lima perenggan .
6. Untuk mendapatkan pencapaian cemerlang(16-20 M), semasa menjawab soalan ini, aspek berikut perlu dititikberatkan:

a) Penggunaan kata dan ayat gramatis
b) Penggunaan kosa kata luas dan tepat
c) Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
d) Isi mestilah tepat berdasarkan tugasan
e) Huraian, isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan yang sesuai dan berkembang.
f) Pengolahan menarik dan berkesan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C(Karangan Respons Terbuka)

Masa yang dicadangkan: 45 minit

Markah : 40 markah

Bentuk Soalan

1.Soalan karangan respons terbuka adalah soalan Bahagian C Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.

2.Tajuk karangan respons terbuka adalah berdasarkan kombinasi bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika.

3.Terdapat lima soalan dalam bahagian ini. Jenis karangan yang ditawarkan terdiri daripada karangan berformat iaitu ceramah/ ucapan/ pidato/ perbahasan/wawancara@dialog/laporan/ rencana akhbar/Surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Karangan tidak berformat termasuklah perbincangan, ulasan, fakta, gambaran, peribahasa/cogan kata dan cerepen.

4.Masa yang dicadangkan ialah 45 minit
5.Pelajar hendaklah menulis karangan lebih daripada 180 patah perkataan.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

PERINGKAT PENCAPAIAN
DESKRIPSI

Cemerlang ( 35 – 40)
)Sekurang-kurangnya terdapat tiga isi, huraian isi dan contoh yang relevan

b) Perlu lebih 180 patah perkataan.
- Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan(kata berimbuhan) gramatis
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.Pengolahan menarik serta berkesan, pemerganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan
-Terdapat ungkapan yang mudah seperti peri bahasa dan kata-kata hikmat.

Bagaimana mahir mengarang?

Gunakan semua pancaindera yang ada
- pembacaan yang meluas, mendengar, melihat, guna pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.
- Beri perhatian semasa guru mengajar.

Terima soalan dengan lapang dada. Jangan panik jika soalan yang keluar tidak bertepatan dengan cita rasa anda.

1. Analisis soalan sebelum mengarang. Mengapa?
a) memastikan kita membaca soalan dengan teliti.
b) Menentukan kata kunci dan kehendak soalan.
c) menentukan format karangan.
d) karangan tidak terpesong.

2. Takrif karangan/soalan

Takrif soalan tidak difahami mengakibatkan pelajar menulis lain daripada apa yang dikehendaki oleh soalan (jawab mengikut kehendak soalan bukan jawab apa yang anda tahu)

3. Pastikan format karangan yang

dikehendaki. Kelalaian anda tidak
mengikut format yang betul, anda
kehilangan tiga markah.

4. Pendahuluan karangan.

Apa fungsinya?
- memperkenalkan tajuk karangan.
- menarik perhatian pembaca
- memudahkan penulis meneruskan penulisan.

Jenis-jenis pendahuluan
Pendahuluan jenis pendapat
Pendahuluan jenis definisi
Pendahuluan jenis suasana
Pendahuluan jenis persoalan
Pendahuluan jenis peribahasa

5. Sistem Perenggan
Perenggan yang sempurna sewajarnya mempunyai tiga komponen iaitu isi, huraian, dan contoh.
5.1 Kriteria menyusun perenggan dalam karangan
- mendahulukan isi yang penting
- setiap perenggan mempunyai urutan
- huraian antara perenggan lancar dan berkembang
- perenggan perlu seimbang

PMR – Sekurang-kurangnya lima perenggan – pendahuluan, tiga isi, dan penutup/kesimpulan/rumusan
6.Penutup/kesimpulan/rumusan
Perkara yang perlu diberi perhatian

i) kesimpulan mesti lembut tetapi berkesan.
ii) jangan ulang isi yang telah dikemukakan.
iii) Gunakan penanda wacana

Kriteria semasa membuat penutup;
i) Pendapat pengarang tentang kedudukan sesuatu isi yang diberi.
ii) Kemukakan sokongan atau bantahan/positif atau negatif
iii) Akibat atau kesan/implikasi
iv) Cadangan atau nasihat yang berkaitan

Secara mudah, ayat-ayat dalam bahagian penutup dapat disusun seperti berikut;

Ayat 1: Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang isi perbincangan/huraian
Ayat 2: Menyatakan cadangan ataupun saranan yang sesuai mengikut tajuk atau kehendak soalan.
Ayat 3: Menyatakan harapan tentang isi yang telah dihuraikan dalam bahagian isi.
Ayat 4: Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang telah dikemukakan dalam isi.

Kepentingan

Untuk menunjukkan sesuatu perenggan itu merupakan penutup dalam karangan mulakan dengan perkataan “kesimpulannya” atau “berdasarkan huraian”.

Catatan:

Masukkan juga ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, peri bahasa dan sebagainya asalkan bersesuaian.

7. Memanfaatkan statistik penting

Tujuan:
- gaya penulisan lebih menarik
- meyakinkan pembaca.
- pelajar membuat rujukan sebelum mengarang.

8.Pendapat tokoh tertentu

Tujuan:
- menguatkan hujah yang diberi
- meyakinkan pembaca

9. Ayat dan frasa yang indah/peri bahasa/kata-kata hikmat/kata-kata pujangga/petikan daripada kitab suci/ petikan daripada Al-Hadis/pepatah daripada bahasa lain dan lain-lain.

Tujuan:
- ayat menjadi lebih mantap dan tepat
- menarik minat pembaca
- kepelbagian gaya bahasa
- mewujudkan perbendaharan kata yang luas.
- Kematangan bahasa penulis

Peribahasa:
Simpulan bahasa; angkat kaki, buka mata

Perumpamaan; bagai aur dengan tebing
Bidalan: ada udang di sebalik batu
Pepatah: ada kerak ada nasi

Kata-kata hikmat – tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat dan kesedaran tentang pentingnya sesuatu nilai hidup.

Bahasa jiwa bangsa
Ilmu pelita hati
Kepentingan dalam penulisan karangan

- ayat menjadi lebih mantap dan tepat
- menarik minat pembaca
- kepelbagaian kosa kata dan gaya bahasa
- kematangan bahasa penulis
Penggunaan penanda wacana dalam penulisan

Kepentingan/Kegunaan/Manfaat
- dapat menghubungkan ayat dengan ayat
- menghubungkan antara perenggan untuk menunjukkan kesinambungan idea, dan penulisan menjadi lancar.

Contoh penanda wacana;

Dengan ini, sememangnya, sejajar dengan itu, sementelahan pula, pada kebiasannya, umumnya, meskipun demikian.

10. Ejaan

Sangat penting dalam penulisan. Ejaan yang salah akan dipotong sebanyak 2 markah untuk ejaan yang salah. Kesalahan kata yang sama dalam penulisan tidak akan dikira.

11. Tatabahasa

i. kesalahan dari segi kata
kata ganti diri, kata bilangan, penjodoh bilangan, kata sendi, kata hubung, kata tanya, kata pemeri, kata nafi, kata majmuk, kata adjektif dan kata penguat.

ii. Kesalahan daripada segi frasa
Frasa nama; bentuk jamak,

hukum DM

Frasa adjektif

Penggunaan kata penguat,

kata berawalan teR+kata

penguat, penggandaan


iii. Kesalahan daripada segi ayat
Ayat tergantung, struktur ayat yang salah, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan penggunaan partikel “kah” dalam ayat tanya.

iv. Kesalahan imbuhan

- awalan – beR, teR-, mempeR-
- akhiran – an, -kan
- apitan – meN.....kan, mempe...kan,mempeR....I

Kesalahan perbendaharaan kata

- Penggunaan kata tidak tepat
- Kata banyak makna
- Kata hampir sama makna

12. Kesalahan kosa kata
- kata tidak tepat
- kata banyak makna
- kata hampir sama makna

13. Tanda baca
- noktah, koma, titik dua dan lain-lain
Penyelesaian – harus cermat dan
berhati-hati semasa menulis.

14.Struktur ayat

Tidak janggal dan dapat difahami oleh pemeriksa
Mengikut kaedah tata bahasa yang betul.

15.Keseimbangan perenggan

Setiap perenggan hendaklah hampir sama jumlah perkatannya.
16.Kematangan fikiran – beri contoh yang sesuai
17.Tulisan – tidak semestinya cantik tetapi dapat dibaca oleh pemeriksa

Catatan – Karangan yang melebihi 180 patah perkataan memberi “imperision’ yang positif kepada pemeriksa.

Senarai semak (Selesai membuat karangan)

Tujuan – karangan menjadi lebih sempurna/baik

i. mendapat markah yang maksimum
1. nombor soalan
2. takrif karangan
3. format karangan
4. pendahuluan karangan
5. pastikan sekurang-kurangnya tiga isi, huraian dan contoh. Bina Lima perenggan.
6. perenggan yang seimbang
7. ada statistik yang bersesuaian
8. frasa yang indah
9. penanda wacana
10. ejaan yang jelas
11. struktur ayat
12. kematangan fikiran
13. tulisan dapat dibaca
14. jumlah perkataan yang cukup

(200 patah perkatan0

15. hantar jawapan

16. DOA – Anda dilahirkan di dunia bukan untuk menjadi lemah. Carilah ubat/penawar yang mujarab untuk mengatasi segala masalah anda.


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D(Novel Komsas)
Masa yang dicadangkan: 10 minit

Markah : 10 markah

Bentuk Soalan
1.Soalan novel merupakan soalan yang ditanya dalam bahagian D Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.
2.Calon harus bersedia untuk ketiga-tiga novel yang dipelajari semasa di tingkatan 1, II dan III
Kehendak soalan

1.Pelajar dinasihatkan membaca soalan dengan teliti bagi menentukan novel yang perlu dipilih. Senarai novel pilihan akan diberi.
2.Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 10 minit.
3.Soalan ini memperuntukkan 10 markah.
4.Mulai tahun ini calon harus bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk persamaan dan perbezaan bagi novel-novel yang dipilih.
Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Soalan bahagian ini melibatkan beberapa konsep penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Seandainya pelajar berupaya menguasai konsep sastera yang ditetapkan atau dipelajari, pelajar boleh menjawab soalan dengan baik.

2.Aspek kajian: Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Plot, Latar,

Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran.

3.Istilah penting;
a) Sinopsis- inti pati atau ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
b) Tema – idea utama atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang menjadi tunjang kepada sesebuah karya sastera.
c) Persoalan – isu-isu sampingan lain yang diselitkan oleh pengarang dalam bentuk gagasan.
d) Watak – pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah cerita. Perwatakan – merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak
e) Plot – jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita. Peristiwa yang dijalin mestilah berdasarkan sebab dan akibat.
f) Latar – ruang persekitaran tempat berlakunya sesuatu peristiwa, cerita, atau kejadian.

Masyarakat – kampung, bandar, adat, budaya, agama, ekonomi, dan politik.
Tempat – tempat peristiwa terjadi
Masa – pagi, ptg, malam dan lain-lain

7) Nilai ialah unsur yang cukup berharga dan boleh dijadikan ikutan. Nilai merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang positif.
Kasih sayang, bertanggungjawab, hormat-menghormati, kebebasan, keberanian, jujur, rajin, bermasyarakat, hemah tinggi, berdikarari, baik hati, keadilan, kebersihan, amanah, bersyukur, rasional, patriotik

8) Pengajaran- peringatan pesanan atau nasihat yang boleh dijadikan

iktibar oleh pembaca.

FORMAT PEPERIKSAAN UEC SENIOR

高中统考马来西亚文考试纲要
(sumber:http://www.djz.edu.my/kaoshi/gangyao/gy-senior.htm
FORMAT PEPERIKSAAN UEC SENIOR
Mata pelajaran ini mengandungi dua kertas:


Kertas 1: Karangan (40%) ………………………………… Masa yang diperuntukkan: 1 jam 30 minit.

Kertas 2: Ujian Bahasa (60%) ………………………………… Masa yang diperuntukkan: 1 jam 30 minit.

Jawab soalan 1 dan mana-mana dua soalan yang lain.

Soalan 1 Rumusan

Soalan 2 Pemahaman Prosa Moden

Soalan 3 Membina Ayat dan Tatabahasa

Soalan 4 Sajak dan Prosa Klasik

Soalan 5 Penterjemahan

Kertas 1

KARANGAN (40%)

Karangan

(1) Tujuh tajuk akan disediakan.

(2) Calon dikehendaki memilih salah satu tajuk dan mengarang sebuah karangan atau surat kiriman yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

(3) Jawapan hendaklah ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam sahaja.



Tujuan Ujian

(1) Untuk menguji daya kreatif calon dalam mengumpul, memilih, membina serta menyusun idea-idea atau isi-isi, pendapat, pengalaman, dan sebagainya dengan berkesan.

(2) Untuk menguji kebolehan calon dalam menguasai pelbagai bentuk karangan dan teknik mengarang, penguasaan tatabahasa (termasuk struktur ayat yang gramatis, penggunaan kosa kata dan tanda baca yang tepat) serta pembahagian perenggan yang berkesinambungan.

(3) Untuk menguji kematangan fikiran dan kepekaan calon terhadap isu-isu semasa serta kebolehan mengemukakan pandangan dalam pelbagai bentuk dan situasi.



Jenis-jenis karangan yang akan diuji

A. Karangan berformat khusus

Tajuk/Bidang

1. Perbahasan

2. Laporan

3. Dialog/Wawancara/Forum

4. Syarahan/Ceramah/Ucapan

5. Berita/Rencana Akhbar (i) Bentuk rasmi

6. Catatan Diari (ii) Bentuk tidak rasmi

7. Surat Kiriman



B. Karangan berformat biasa

1. Penerangan

2. Perbincangan

3. Peribahasa/Simpulan bahasa/Cogan kata

4. Pendapat/Ulasan/Fakta

5. Gambaran/Keperihalan

6. Pengalaman

7. Cerita/Imaginasi



Aspek-aspek dalam karangan

- Sains dan teknologi - Kekeluargaan

- Kemasyarakatan - Sastera

- Ekonomi - Sejarah

- Kebudayaan - Alam Sekitar

- Pendidikan - Lain-lain



C. Menulis dan menjawab pelbagai jenis surat

1. Surat kiriman rasmi

— surat permohonan, surat undangan rasmi, surat aduan, laporan, surat rayuan, dan sebagainya.

2. Surat kiriman tidak rasmi

— surat kepada ahli keluarga, surat kepada sahabat handai, surat jemputan, surat ucapan selamat Hari Raya, hari jadi, terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.



Format surat rasmi boleh dirujuk pada "Format untuk Surat Kiriman" yang diedarkan oleh Bahagian Peperiksaan Jawatankuasa Kerja Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia.



Perhatian 1. Tajuk karangan atau nombor soalan hendaklah dinyatakan ketika menjawab soalan yang dipilih.

2. Calon diminta membina ayat-ayat yang gramatis serta digalakkan membuat rangka karangan supaya isi karangan/surat lebih teratur.

3. Calon dinasihati memilih tajuk yang benar-benar difahami.

4. Pendahuluan hendaklah ringkas, isi karangan tidak digalakkan berulang-ulang. Pembahagian perenggan perlu jelas dan berkesinambungan. Perhatikan penggunaan imbuhan, tanda baca dan penggunaan perbendaharaan kata yang sesuai serta tepat. Bahasa lisan seperti tak, nak, penggunaan singkatan seperti yg, utk, dgn, dll tidak dibenarkan. Format karangan perlu dipatuhi.



Kertas 2

UJIAN BAHASA (60%)

Perhatian

5 soalan akan disediakan seperti yang berikut:

(1) Rumusan;

(2) Pemahaman Prosa Moden;

(3) Membina Ayat dan Tatabahasa;

(4) Sajak dan Prosa Klasik;

(5) Penterjemahan.



(1) RUMUSAN

Calon diwajibkan menjawab soalan ini. Dalam soalan ini calon dikehendaki membuat satu rumusan tentang mesej utama yang disampaikan dalam sesuatu petikan. Panjangnya rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.

Rumusan harus mengandungi 4 aspek yang berikut:

(a) Pendahuluan – 1 isi (2 markah);

(b) Isi Tersurat – 4 isi (8 markah);

(c) Isi Tersirat – 4 isi (8 markah);

(d) Penutup – 1 isi (2 markah).

Petikan yang dikemukakan hendaklah berbentuk rencana bagi isu-isu semasa yang dipetik daripada surat khabar, majalah tempatan atau bahan-bahan bacaan akademik lain. Jumlah isi tersurat dan isi tersirat boleh berubah-ubah, yang penting ada lapan isi penting pada keseluruhannya. Rumusan perlu dinyatakan jumlah perkataan. Markah akan dipotong jika calon tidak menyatakan jumlah perkataan atau menyatakan jumlah perkataan yang tidak benar.



(2) PEMAHAMAN PROSA MODEN

Pemahaman prosa moden merupakan salah satu aspek penting dalam penguasaan bahasa. Antaranya, tujuan pemahaman ini adalah seperti yang berikut:

(a) membaca dengan cekap dan pantas;

(b) mengesan isi-isi atau idea;

(c) membuat kesimpulan, kritikan, telahan, dan penyusunan berdasarkan bahan-bahan dan maklumat yang dibaca;

(d) menghuraikan maksud atau erti perkataan, ungkapan, peribahasa, dan seumpamanya bersesuaian dengan konteks penggunaannya dalam petikan;

(e) menghayati dan menilai pelbagai gaya penulisan.





Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut, jenis-jenis petikan terdiri daripada kandungan-kandungan seperti yang berikut:

(ⅰ) rencana akhbar/majalah berkaitan dengan isu-isu semasa;

(ⅱ) cerpen;

(ⅲ) novel;

(ⅳ) drama;

(ⅴ) pengumuman;

(ⅵ) pengisytiharan;

(ⅶ) pendapat/ulasan;

(ⅷ) syarahan/ucapan/ceramah;

(ⅸ) laporan.



(3) MEMBINA AYAT DAN TATABAHASA, PUISI / PROSA KLASIK, PENTERJEMAHAN

Tiga soalan ini dikemukakan sebagai soalan pilihan.

Soalan-soalan ini terdiri daripada pelbagai bentuk:

(a) membina ayat;

(b) menentukan imbuhan;

(c) menyambung ayat;

(d) menukarkan ayat;

(e) melengkapkan teks;

(f) membaiki kesalahan ayat;

(g) puisi / prosa klasik —— bahagian ini lebih menitikberatkan pemahaman teks berbentuk prosa klasik (hikayat) dan puisi (sajak);

(h) morfologi yang berkenaan dengan kajian perkataan dan pembentukan perkataan;

(i) penterjemahan dan peralihan bahasa daripada bahasa Cina dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

FORMAT PEPERIKSAAN UEC JUNIOR

初中统考马来西亚文考试纲要
(sumber:http://www.djz.edu.my/kaoshi/gangyao/gy_junior.htm )
FORMAT PEPERIKSAAN UEC JUNIOR

Mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas:


Kertas 1: Ujian Bertulis (100%) …………………………………… Masa yang diperuntukkan: 1 jam 45 minit

Kertas 2: Ujian Objektif (100%) …………………………………… Masa yang diperuntukkan: 1 jam 15 minit

Kertas 1: Ujian Bertulis (100%)

Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dari setiap bahagian.

Bahagian A: Rumusan (20%)

Satu bahan grafik akan dikemukakan. Calon dikehendaki membuat rumusan dengan isi-isi penting daripada bahan tersebut. Isi yang disampaikan hendaklah ditulis dalam empat perenggan, iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi tersurat, perenggan isi tersirat, dan perenggan kesimpulan. Calon mesti mematuhi arahan yang diberikan dalam kertas soalan. Jumlah patah perkataan mestilah tidak melebihi jumlah patah perkataan yang telah ditetapkan dalam arahan soalan.

Bahagian B: Karangan (60%)

Calon dikehendaki menulis sebuah karangan asli yang panjangnya hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan mengenai satu daripada lima tajuk yang diberi. Karangan surat kiriman merupakan soalan yang wajib dikemukan. Tajuk karangan dalam peperiksaan ini terdiri daripada;

* karangan jenis cerita

* karangan jenis gambaran/keperihalan

* karangan jenis peribahasa

* karangan jenis penerangan/fakta

* karangan jenis perbincangan/perbahasan

* karangan jenis ucapan/syarahan/ceramah

* karangan jenis laporan

* karangan jenis dialog/wawacara/temu ramah

* surat kiriman

Bahagian C: Kefahaman (20%)

Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

2 petikan pemahaman yang dipetik dari buku teks Junior atau bahan rakaman dalam buku teks Junior Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian Cina, Malaysia. Setiap petikan terdiri daripada 10%.

Kertas 2: Ujian Objektif (100%)

Kertas ini terdiri daripada 50 soalan berbentuk objektif. Setiap soalan disediakan 4 pilihan. Calon dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan. Kandungan soalan bagi kertas ini adalah terdiri daripada;

A. Dua petikan pemahaman, iaitu satu petikan umum dan satu petikan bahagian sastera yang masing-masing terdiri daripada lima soalan. Petikan bahagian sastera adalah dipetik dari buku teks Junior Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian, Malaysia.

B. Penggunaan Bahasa (40 soalan) yang terdiri daripada;

* Golongan Kata

* Imbuhan

* Penjodoh Bilangan

* Perbendaharaan Kata

* Kata Ganda

* Tanda baca

* Hukum D-M

* Peribahasa

* Bandingan Semacam

* Jenis Ayat

* Ayat Aktif

* Ayat Pasif

* Ayat Tunggal

* Ayat Majmuk

* Ayat Songsang

* Frasa

* Kesalahan Umum

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


国 家 教 育 哲 理


在马来西亚,教育是一项持续性的事业,它致力于全面及综合地发展个人之潜质。在信奉及遵从上苍的基础上,塑造一个在智力、情感、心理与生理方面都能平衡与和谐的人。

其目标在于造就具有丰富的学识、积极的态度、崇高的品德、责任感,并有能力达致个人幸福的大马公民,从而为社会与国家的和谐与繁荣作出贡献。

Huraian Sukatan Pelajaran BM

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Tingkatan1
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsm/hsp_bm_f1.pdf

Tingkatan 2
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsm/hsp_bm_f2.pdf

Tingkatan 3
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsm/hsp_bm_f3.pdf

Tingkatan 4
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsm/hsp_bm_f4.pdf

Tingkatan 5
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsm/hsp_bm_f5.pdf